Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Friday, 14 March 2014

Wang Kertas RM5 Siri-6 (Variasi 1) - First, Last & Replacement Prefix

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkongsian koleksi peribadi wang kertas RM5 Siri-6 (Variasi 1) yg dikeluarkan pada tahun 1986 - 1995. Variasi 1 untuk siri 6 ditandatangani oleh gabenor Jaffar Bin Hussien dan mempunyai cross pada tiang di hadapan Istana Negara (bahagian belakang duit) dan tidak mempunyai silver thread. Condition duit2 ni cuma di antara ef - au sahaja. Kepada mana2 pihak yg ingin memperbetulkan mana2 data yg salah dalam perkongsian saya ni sgt2 di alukan:

Wang Kertas RM5 Siri-6 (Cross, no silver thread)
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Jaffar Bin Hussien
First Prefix: NE
Last Prefix: NK0
Replacement: NZ 008 - NZ 018

First Prefix: NE


Last Prefix: NK0



Replacement Prefix: NZ



Saturday, 22 February 2014

Wang Kertas RM10 Siri-9 - First, Last & Replacement Prefix


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedikit perkongsian koleksi peribadi wang kertas RM10 Siri-9 yg dikeluarkan pada tahun 1999 & ditandatangani oleh gabenor Ali Abul Hassan Bin Sulaiman (Side Sign). Condition duit2 ni cuma di antara vf - au sahaja, sudah cukup memuaskan bagi diri saya. Kepada mana2 pihak yg ingin memperbetulkan mana2 data yg salah dalam perkongsian saya ni sgt2 di alukan

Wang Kertas RM10 Siri-9
Tahun: 1999
Gabenor: Ali Abul Hassan Bin Sulaiman (Side)
First Prefix: AW
Last Prefix: BF
Replacement: ZA


First Prefix: AW



Last Prefix: BF



Replacement Prefix: ZA

AW | BF | ZA

Wang Kertas RM10 Siri-10 - First, Last & Replacement Prefix


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedikit perkongsian koleksi peribadi wang kertas RM10 Siri-10 yg dikeluarkan pada tahun 1999 & ditandatangani oleh gabenor Ali Abul Hassan Bin Sulaiman (Centre Sign). Condition duit2 ni cuma di antara vf - au sahaja, sudah cukup memuaskan bagi diri saya. Kepada mana2 pihak yg ingin memperbetulkan mana2 data yg salah dalam perkongsian saya ni sgt2 di alukan

Wang Kertas RM10 Siri-10
Tahun: 1999
Gabenor: Ali Abul Hassan Bin Sulaiman (Centre)
First Prefix: BG
Last Prefix: CX
Replacement: ZA



Pandangan Hadapan


Pandangan Belakang


First Last & Replacement Prefix
BG | CX | ZA

Friday, 31 January 2014

Wang Kertas RM5 SIRI-5 - First Last & Replacement Prefix

Hampir setahun tak post kt blog & dh lama tak ikut perkembangan dunia duit2 lama. Agak terkejut dan kecewa dgn kenaikan mendadak harga2 duit skrg ni, apa boleh buat, terpaksa tgk saja lah 'item' menarik. Siap dgn PMGnya sekali, harga jadi 2 3 kali ganda huhuhuhu. Item2 lain pun sudah byk kaki yg simpan

Perkongsian koleksi peribadi RM5.00 Siri-5 blindman series, condition duit cuma ef dan ada juga yg ber'foxing'. Apa boleh buat, ini saja yang mampu. Yang penting ati sendiri senang sudahhhhh....

Wang kertas RM5.00 Siri-5 dikeluarkan mulai tahun 1982 hingga tahun 1984 dan ditandatangani oleh Gabenor Abdul Aziz Haji Taha. Wang kertas siri 5 juga dikenali sebagai 'blindman series' sbb ada penggunaan kod 'Braille' - utk memudahkan org2 buta 'merasa' nilai duit tersebut

Wang kertas RM5.00 Siri-5 ini dicetak oleh Thomas De La Rue (TDLR)

First Prefix:NA
Last Prefix: ND
Replacement Prefix: NZ 001 - NZ 007


Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang


First, Last & Replacement Prefix
NA | ND | NZ