Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Friday, 21 October 2011

KOLEKSI PERIBADI - DUIT KERTAS RM20.00 (COMPLETE SERIES)

Duit RM20.00 (kalau budak2 muda ramai yang xpernah merasa guna duit ni) mula di keluarkan pada tahun 1982......terdapat 2 siri bg keluaran duit RM20 iaitu siri - 5 (1982 - 1984) dan siri - 6 (1986 -1995). Secara peribadi aku memang berminat dengan duit RM20.00. mungkin sebab warna coklat yang menarik kot. kecik2 dulu aku memang excited gila kalau dapat duit ni.....hehehe
__________________________________________________________________

RM20.00 Siri - 5
Tahun: 1982 - 1984
Gabenor: Tun Abdul Aziz Bin Haji Taha
Printer: Bradbury Wilkinson
First Prefix: TA
Last Prefix: TE
Replacement Prefix: -
Variety: Blindmarks, horizontal left side serial number
_______________________________________________________________


RM20.00 Siri -6
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Jaffar Bin Hussein
Printer:Thomas De La Rue
First Prefix: TF
Last Prefix: TH 1
Replacement Prefix: UZ
Variety: Without Blindmarks, vertical left side serial number
_______________________________________________________________

Duit RM20 akan diperkenalkan semula untuk siri-12 yg akan dilancarkan sama ada penghujung 2011 atau awal 2012. Semestinya RM20 Siri-12 akan menjadi koleksi yg menarik untuk disimpan

_______________________________________________________________

[Duit]Beli[Duit].Blogspot.Com

No comments:

Post a Comment