Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Monday, 20 February 2012

HUNTING LIST - KALAU ADA REZEKI LEBIH, InsyaALLAH


Untuk makluman semua, aku cuma seorang collector yg menyimpan duit2 kertas & syiling Malaysia (1967 - sekarang) sahaja buat masa sekarang. British Borneo, malaya, strait settlement n bla bla aku x terlibat lg tp tetap ada dalam hunting list aku. hehehe. Koleksi aku hingga sekarang ni hanya sekadar ada tp kalau nk compare dgn org2 lama masih jauh ketinggalan. Untuk condition duit2 simpanan aku plak, cukuplah sekadar VF n above. kalau VF xda, Fine pon jadi la..tp duit tu janji tulen dan masih ada rupa lagi la. biaq orang tengok pun nampak kata duit, jgn bila tgk nampak mcm surat khabaq lama yg dh reput....hehe

Mula2 dulu aku collect duit2 lama ni ikut nilai muka..pastu terjebak dgn koleksi ikut siri. Skang terjebak sikit2 dgn koleksi First, Last & Replacement Prefix. Bila duit2 yg dicari harga pun tinggi, so terpaksa la mendisiplinkan diri demi mendapatkan duit2 ni. Kena slow n steady.. kena menabung mcm time sekolah dulu...hehe...skang ni aku dh ada hunting list sendiri. Tujuan aku buat list ni adalah sbb nk bg tumpuan kepada barang2 tertentu saja, xnak la rambang mata bila tgk duit dasyat2 lalu depan mata...penah bila dh rambang mata ni abeh duit simpanan..mmg sadis.. so bila dh ada hunting list ni, tumpu kepada list ja la....duit nk kena simpan tuk benda lain sama,...lgpun aku baru ja melibatkan diri dlm hobi numismatik secara aggresif, masih mentah lg, so biaq slow n steady tp dpt koleksi mcm apa yg diinginkan...biaq lambat asalkan selamat...hehehe. Berikut adalah items2 dalam hunting list aku:

1) RM5 First Last Prefix (Siri 5 - 11) - Done*
2) RM10 First Last Prefix (Siri 8 - 11)
3) RM5 Replacement NZ & ZA
4) Rm10 Replacement QA & ZA
5) RM10 First Last and Replacement (kecuali siri 1 - 4)
6) RM100 Siri 1 - 4
7) RM500 (Siri 5, 6 & 7)
8) RM1000 (Siri 5, 6 & 7) -
9) Koleksi lengkap syiling malaysia (1967 - latest)
10) 50 sen tahun 1967, 1968 & 1969 Milled Edge (Reeded Edge)
11) Duit2 kertas & syiling Malaya, British Borneo, Strait settlement n bla bla bla....
12) ...??
13) ...??
14) ...??

list mungkin akan di update dari semasa mengikut keadaan kewangan dan semasa. Hunting list diatas mungkin akan memakan masa panjang, mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun...mana nk tau kan...time tu harga duit2 pun semua makin mahal tp bg aku xda problem.. yg penting disiplin dan komitmen..... minat tetap minat....ukur baju dibadan sendiri...yg mana mampu kita amik, yg xmampu kita tgk saja dan senyumm....hehehe...jgn disebabkan minat, hidup sendiri n keluarga terabai....Slow & steady. insyaAllah..hehe

kt sini aku nk ucapkan terima kasih byk2 kepada semua rakan2 collectors, orang lama & seller2 yg byk membantu aku mengenal dunia numismatik dgn lebih mendalam..byk yg aku belajar, byk duit2 yg aku dpt, byk info dpt dikongsi...Terima Kasih Banyak2.

Jika di izinkan Allah swt umur aku panjang n ada rezeki lebih, nak gak aku buat satu mini muzium duit2 malaysia kt umah aku...mcm sasana kijang tu ...cuma kecik sikit la..hahahhaa....insyaAllah....

13 comments:

  1. Salam MSNAS,
    Terharu dan teruja rasanya bila membaca posting ini,Syabas diucapkan.Azam dan diiringi dgn strategi memburu yg teratur akan menghasilkan apa yg dihajati.
    Depankanta iringi doa semoga MSNAS akan lebih cepat dapat mengumpul duit2 idaman semua pengumpul itu dan dapat menguasai ilmu bidang Numismatik ini hingga tahap antarabangsa..InsyaAllah

    Salam dan terima kasih banyak2 MSNAS

    ReplyDelete
  2. salam Depan Kanta,
    terima kasih diucapkan kepada tuan keran memberi dorongan serta mendoakan kejayaan sy dalam dunia numismatik ini.sebagai orang baru dalam dunia numismatik ni, sy byk mendapat nasihat n pandangan daripada org2 lama n rakan2 collectors. Minat utk belajar mengenai numismatik amat mendalam n insyaAllah suatu hari akan berusaha menjadi pengumpul yg berjaya..hehehe

    terima kasih depan kanta

    ReplyDelete
  3. Always remember,numismatic is a "King Of Hobbies"! Keep it up and good luck!

    ReplyDelete
  4. Mr Dickson Niew,

    thank you for dropping your comment here. there are so much knowledges in numismatic that i think will take some times for me to learn..thanks for your support...

    ReplyDelete
  5. tahniah...
    terbaik la.. harap2 impian akan menjadi kenyataan...

    ReplyDelete
  6. bro, saya ada 50 ringgit cacat yang x de silver strip, kalau nak tengok, email saya kat yk6951@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..sy ade RM2 gabenor Ali Abul Hassan bersiri DH694**94 dan RM10 sign gabenor yg sama bersiri BD4494**1.Kedua-dua sign di sebelah tepi..jika berminat sila lah hubungi 0177553467

    ReplyDelete
  8. Salam MSNAS
    Saya dah lihat semua koleksi tuan dalam blog ini . Tahniah kerana dapat memiliki koleksi yang baik dan tersusun dengan info yang terkini . Dengan perancangan yang teratur dalam mendapatkan koleksi berdasarkan barjet yang ada adalah merupakan satu panduan yang amat baik kepada semua kolektor . Buat study sedikit pada setiap koleksi yang telah kita kumpulkan untuk mendapatkan info yang tepat dan terkini kepada setiap koleksi yang kita ada .
    Tahniah orang muda , teruskan usaha berterusan mewarisi Wariasan Numismatik Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dato
      Terima kasih byk atas nasihat, pandangan dan dorongan yg dato berikan.
      sy mengagumi kredibiliti dato sebagai seorang collectors dan cukup kagum dgn koleksi2 duit yg dato miliki..insya Allah jika berkesempatan akan melakukan kajian yg lebih terperinci ke atas semua matawang Malaysia
      terima kasih dato

      Delete
  9. tumpang tanya. $1 jaafar prefix HH with silver thread brapa ya sekeping?

    ReplyDelete
  10. Rm10 bunga reflisia ZA0097970..nk tahu Wang ni dalam senarai wang gantian kah?

    ReplyDelete