Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Sunday 25 March 2012

KOLEKSI SYILING - 5 Sen (Complete Production Years)

Berikut merupakan koleksi lengkap ikut tahun pengeluaran bagi duit syiling 5 sen 1967 - sekarang. 
Note: koleksi syiling aku tidak termasuk dgn syiling error, extra dot or lain2...yg ada cuma variasi mengikut tahun keluaran sahaja




KOLEKSI PERIBADI - RM5 Siri-11 (Kertas), First, Last, Replacement

RM5 Siri-11 mula dikeluarkan pada tahun 2000 dan ditandatangan oleh gabenor Zety Akhtar Aziz. Terdapat dua variasi berbeza iaitu variasi Kertas dan Polimer. Design untuk kedua-dua variasi lebih kurang sama cuma untuk variasi polimer terdapat bahagian lutsinar di kawasan watermark bagi duit kertas biasa. Cetakan Duit RM5 Siri-11 (Variasi kertas) ini bermula dgn prefix AN dan berakhir dgn prefix BJ manakala ZA merupakan satu-satunya prefix wang gantian untuk duit ini

RM5 Siri-11 Zety Akhtar Aziz - First, Last, Replacement 

Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang
AN | BJ | ZA


[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

KOLEKSI PERIBADI - RM5 Siri-10 (First , Last, Replacement)

RM5 Siri 10 dikeluarkan pada tahun 1999 dan ditandatangan oleh gabenor Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Merupakan siri RM5 baru yg dikelurkan menggantikan RM5 siri 7. Design lebih kurang sama dgn duit RM5 siri-11. Cetakan Duit RM5 Siri-10 ini bermula dgn prefix AA dan berakhir dgn prefix AM manakala ZA merupakan satu-satunya prefix wang gantian untuk duit ini

RM5 Siri-10 Ali Abul Hassan - First, Last, Replacement

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang
AA | AM | ZA

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com