Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Friday 28 December 2012

KOLEKSI PERIBADI - RM5 Siri-11 (Polimer), First, Last, Replacement

RM5 Siri-11 mula dikeluarkan pada tahun 2000 dan ditandatangan oleh gabenor Zety Akhtar Aziz. Terdapat dua variasi berbeza iaitu variasi Kertas dan Polimer. Variasi Polimer mula diperkenalkan oleh BNM sejak tahun 2004 untuk menggantikan variasi kertas . Design untuk kedua-dua variasi lebih kurang sama cuma untuk variasi polimer terdapat bahagian lutsinar di kawasan watermark bagi duit kertas biasa.

Bagi duit RM5 variasi Polimer, terdapat dua cetakan berbeza.

Note Printing Australia:
First Prefix: CA
Last Prefix: EG
Replacement; -

Giesecke & Devrient
First Prefix: EH
Last Prefix: EM (Belum di pastikan kesahihannya, tnggu hitam putih, dipercaya last prefix kerana tiada lagi prefix selepas EM dijumpai sehingga sekarang)
Replacement: ZA


Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang
CA | EG | EH | EM |ZA


[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com