Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Friday 30 December 2011

WANG KERTAS MALAYSIA SIRI BARU 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan wang kertas siri-4 yg merupakan siri baru matawang malaysia untuk tahun 2012. Di lancarkan pada hari rabu, 21/12/2011 oleh Perdana Menteri Malaysia (Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak) & Gabenor Bank Negara Malaysia (Tan Sri Dr. Zety Akhtar Aziz) dan mula dijual di BNM Kuala Lumpur dan cawangan-cawangan BNM yang lain pada hari khamis, 22/11/2011. Wang kertas peringatan sempena pengeluaran matawang siri baru ini merangkumi wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 & RM100. Hanya denominasi RM50 sahaja merupakan wang kertas yang sedia ada sekarang (dilancarkan pada tahun 2007 sempenah 50 tahun kemerdekaan), denominasi lain semuanya merupakan wang yang baru diperkenalkan. Wang peringatan ini di jual berserta dengan folder dan didatangkan dengan dominasi berikut:

      1. Set Premium
  • Denominasi duit kertas: RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 & RM100
  • Keluaran = 50 000 Set
  • Harga Jualan = RM300.00
  • Semua denominasi mempunyai nombor siri yang sama, prefix AA untuk RM1, RM5, RM10, RM20 & RM100 manakalah prefix AAA untuk RM50
    
      2. Set 2 dalam 1 (Set Polimer)
  • Denominasi Duit Kertas: RM1 & RM5
  • Keluaran = 500 000 Set
  • Harga Jualan = RM15
  • Denominasi RM1 & RM5 diperbuat daripada bahan Polimer dan mempunyai no siri dan prefix yg sama

      3. Set Individu (Set RM20)
  • Denominasi Duit Kertas: RM20 
  • Keluaran = 500 000
  • Harga Jualan = RM30
  • Wang kertas RM20 diperkenalkan semula selepas ditamatkan keluaran pada siri 6 (1986 - 1995). Diperbuat daripada kertas khas

Alhamdullilah, walaupun aku dok jauh di Perlis ni yang xda BNM, aku berjaya gak mendapatkan 1 set premium hasil bantuan seorang sahabat..thanks bro. Aku xnak explain or tulis byk pasal duit ni, so aku scan gmbar hampa tgk n baca sendiri la ok..hehehe

Muka Depan Folder Wang Kertas Siri Baru

Bahagian Dalam

Denominasi RM1 & RM5 Pandangan Depan

Denominasi RM1 & RM5 Pandangan Belakang

Denominasi RM10 & RM20 Pandangan Depan




Denominasi RM10 & RM20 Pandangan Belakang

 Denominasi RM50 & RM100 Pandangan Depan
 

Denominasi RM50 & RM100 Pandangan Belakang

Aku masih belum memiliki set 2 dalam 1 dan set individu memandangkan set2 tersebut dikelurkan dengan kuantiti yg banyak. buat masa sekarang tumpu untuk set Premium yg hanya dikelurkan 50 000 set.

[Duit]Beli[Duit].Blogspot.Com

Thursday 22 December 2011

KOLEKSI PERIBADI - RM2.00 SIRI-10 (FIRST-LAST PREFIX)

RM2.00 Siri-10 (1999) First - Last Prefix

Duit RM2 Siri-10 dicetak pada tahun 1999 dan ditandatangan oleh Gabenor Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Tandatangan Gabenor berada di tengah-tengah duit tersebut. Pengeluaran RM2 Siri-10 kemudian dihentikan. Siri-10 merupakan siri terakhir bg nilai RM2, duit kertas baru siri-12 pun takdak duit RM2. Prefix awalan bg siri-10 ialah prefix DJ dan prefix terakhir ialah prefix DY

Pandangan Hadapan
________________________________________________________________________
First Prefix (DJ): DJ 7599196
Last Prefix (DY): DY 1017837
________________________________________________________________________
[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

KOLEKSI PERIBADI - RM2.00 SIRI - 9 (FIRST-LAST PREFIX)

RM2.00 Siri-9 (1998) First - Last Prefix

Duit RM2 Siri-9 dicetak pada tahun 1999 dan ditandatangan oleh Gabenor Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Tandatangan Gabenor disebelah sisi kiri muka depan duit tersebut . Pengeluaran RM2 Siri-9 hanya setahun dan digantikan dengan Siri-10 pada tahun 1999. Prefix awalan bg siri-9 ialah prefix DF dan prefix terakhir ialah prefix DJ


Pandangan Hadapan RM2.00 Siri - 9
_______________________________________________________________
First Prefix (DF): DF 7466123
Last Prefix (DJ): DJ 0889481
_______________________________________________________________

[Duit]Beli[Duit].Blogspot.Com

Wednesday 21 December 2011

SYILING 10 SEN 1971

 Alhamdulillah, berjaya juga mendapatkan sekeping duit syiling 10 sen tahun 1971. kepada yg taktau pasal duit ni, ni nk habaq bagi...dalam2 byk2 syiling sekupang (10 sen), duit 1971 la yg paling sedikit cetakan dia...cetakan cuma 32236....even kalau compare dgn duit2 syiling malaysia yang lain (seduit, limaduit, 2 kupang, 5 kupang, seringgit),...duit ni la pengeluaran dia paleng sikit skali...pasai apa duit ni paling sikit, aku ada dengar beberapa versi cerita...buat masa skang ni xdapat nk share lg..so tgk la dulu duit ni..dapat dgn harga yg berpatutan daripada seorg kawan collectors gak.




kepada kawan2 yg bukan collectors yg ada duit ni dalam tabung or simpanan & rasa nk jual, boleh la cari collectors mcm aku ni. ramai lg collectors2 di luar sana yg mmg berminat nk dapatkan duit syiling 10 sen 1971...harga mmg boleh kata masyuk la....duit sekupang ja pon.hehe


Boleh refer koleksi duit 10 sen lengkap mengikut tahun pengeluaran di sini


______________________________________________________


[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com