Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Friday 30 December 2011

WANG KERTAS MALAYSIA SIRI BARU 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan wang kertas siri-4 yg merupakan siri baru matawang malaysia untuk tahun 2012. Di lancarkan pada hari rabu, 21/12/2011 oleh Perdana Menteri Malaysia (Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak) & Gabenor Bank Negara Malaysia (Tan Sri Dr. Zety Akhtar Aziz) dan mula dijual di BNM Kuala Lumpur dan cawangan-cawangan BNM yang lain pada hari khamis, 22/11/2011. Wang kertas peringatan sempena pengeluaran matawang siri baru ini merangkumi wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 & RM100. Hanya denominasi RM50 sahaja merupakan wang kertas yang sedia ada sekarang (dilancarkan pada tahun 2007 sempenah 50 tahun kemerdekaan), denominasi lain semuanya merupakan wang yang baru diperkenalkan. Wang peringatan ini di jual berserta dengan folder dan didatangkan dengan dominasi berikut:

      1. Set Premium
  • Denominasi duit kertas: RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 & RM100
  • Keluaran = 50 000 Set
  • Harga Jualan = RM300.00
  • Semua denominasi mempunyai nombor siri yang sama, prefix AA untuk RM1, RM5, RM10, RM20 & RM100 manakalah prefix AAA untuk RM50
    
      2. Set 2 dalam 1 (Set Polimer)
  • Denominasi Duit Kertas: RM1 & RM5
  • Keluaran = 500 000 Set
  • Harga Jualan = RM15
  • Denominasi RM1 & RM5 diperbuat daripada bahan Polimer dan mempunyai no siri dan prefix yg sama

      3. Set Individu (Set RM20)
  • Denominasi Duit Kertas: RM20 
  • Keluaran = 500 000
  • Harga Jualan = RM30
  • Wang kertas RM20 diperkenalkan semula selepas ditamatkan keluaran pada siri 6 (1986 - 1995). Diperbuat daripada kertas khas

Alhamdullilah, walaupun aku dok jauh di Perlis ni yang xda BNM, aku berjaya gak mendapatkan 1 set premium hasil bantuan seorang sahabat..thanks bro. Aku xnak explain or tulis byk pasal duit ni, so aku scan gmbar hampa tgk n baca sendiri la ok..hehehe

Muka Depan Folder Wang Kertas Siri Baru

Bahagian Dalam

Denominasi RM1 & RM5 Pandangan Depan

Denominasi RM1 & RM5 Pandangan Belakang

Denominasi RM10 & RM20 Pandangan Depan




Denominasi RM10 & RM20 Pandangan Belakang

 Denominasi RM50 & RM100 Pandangan Depan
 

Denominasi RM50 & RM100 Pandangan Belakang

Aku masih belum memiliki set 2 dalam 1 dan set individu memandangkan set2 tersebut dikelurkan dengan kuantiti yg banyak. buat masa sekarang tumpu untuk set Premium yg hanya dikelurkan 50 000 set.

[Duit]Beli[Duit].Blogspot.Com

Thursday 22 December 2011

KOLEKSI PERIBADI - RM2.00 SIRI-10 (FIRST-LAST PREFIX)

RM2.00 Siri-10 (1999) First - Last Prefix

Duit RM2 Siri-10 dicetak pada tahun 1999 dan ditandatangan oleh Gabenor Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Tandatangan Gabenor berada di tengah-tengah duit tersebut. Pengeluaran RM2 Siri-10 kemudian dihentikan. Siri-10 merupakan siri terakhir bg nilai RM2, duit kertas baru siri-12 pun takdak duit RM2. Prefix awalan bg siri-10 ialah prefix DJ dan prefix terakhir ialah prefix DY

Pandangan Hadapan
________________________________________________________________________
First Prefix (DJ): DJ 7599196
Last Prefix (DY): DY 1017837
________________________________________________________________________
[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

KOLEKSI PERIBADI - RM2.00 SIRI - 9 (FIRST-LAST PREFIX)

RM2.00 Siri-9 (1998) First - Last Prefix

Duit RM2 Siri-9 dicetak pada tahun 1999 dan ditandatangan oleh Gabenor Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Tandatangan Gabenor disebelah sisi kiri muka depan duit tersebut . Pengeluaran RM2 Siri-9 hanya setahun dan digantikan dengan Siri-10 pada tahun 1999. Prefix awalan bg siri-9 ialah prefix DF dan prefix terakhir ialah prefix DJ


Pandangan Hadapan RM2.00 Siri - 9
_______________________________________________________________
First Prefix (DF): DF 7466123
Last Prefix (DJ): DJ 0889481
_______________________________________________________________

[Duit]Beli[Duit].Blogspot.Com

Wednesday 21 December 2011

SYILING 10 SEN 1971

 Alhamdulillah, berjaya juga mendapatkan sekeping duit syiling 10 sen tahun 1971. kepada yg taktau pasal duit ni, ni nk habaq bagi...dalam2 byk2 syiling sekupang (10 sen), duit 1971 la yg paling sedikit cetakan dia...cetakan cuma 32236....even kalau compare dgn duit2 syiling malaysia yang lain (seduit, limaduit, 2 kupang, 5 kupang, seringgit),...duit ni la pengeluaran dia paleng sikit skali...pasai apa duit ni paling sikit, aku ada dengar beberapa versi cerita...buat masa skang ni xdapat nk share lg..so tgk la dulu duit ni..dapat dgn harga yg berpatutan daripada seorg kawan collectors gak.




kepada kawan2 yg bukan collectors yg ada duit ni dalam tabung or simpanan & rasa nk jual, boleh la cari collectors mcm aku ni. ramai lg collectors2 di luar sana yg mmg berminat nk dapatkan duit syiling 10 sen 1971...harga mmg boleh kata masyuk la....duit sekupang ja pon.hehe


Boleh refer koleksi duit 10 sen lengkap mengikut tahun pengeluaran di sini


______________________________________________________


[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

Wednesday 30 November 2011

KOLEKSI PERIBADI - RM10 (Complete Series)

Duit RM10 mula diperkenalkan sejak Siri-1 (1967) hingga sekarang. Terdapat beberapa varierty mengikut design, printer dan sign gabenor. Sesetengah orang yang xtau pasal duit ni mmg xperasaan or terlepas pandang. Tapi sebenarnya byk variety duit2 ni. Bagi aku yg minat dgn duit2 lama ni mmg menarik kalau dapat simpan duit2 Malaysia ikut siri & variety. Setakat sekarang aku dah dapat kumpul complete series duit kertas RM10 dari 1967 - Now. Tengok2 la koleksi yang x seberapa ni..hehhehe

_______________________________________________________________

RM10 SIRI - 1
Tahun: 1967 - 1972
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: A/1
Last Prefix: B/90
Replacement Prefix: Z/1
_______________________________________________________________

RM10 SIRI - 2
Tahun: 1972 - 1976
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: B/91
Last Prefix: D/28
Replacement Prefix: Z/1, Z/2, Z/3, Z/4
_______________________________________________________________

RM10 SIRI - 3
Tahun: 1976 - 1981
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Cetakan: Bradbury Wilkinson
First Prefix: D/29
Last Prefix: F/50
Replacement Prefix: -
 _______________________________________________________________

RM10 SIRI - 4
Tahun: 1981 - 1983
Gabenor: Abdul Aziz Haji Taha
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: F/51
Last Prefix: G/21
Replacement Prefix: X/1
_______________________________________________________________

RM10 SIRI - 5
Tahun: 1982 - 1984
Gabenor: Abdul Aziz Haji Taha
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: PA
Last Prefix: PQ
Replacement Prefix: QA 00 - QA 06 
 _______________________________________________________________

RM10 SIRI - 6 (Type 1 - Printer TDLR)
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Jaffar Bin Hussein
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: PR
Last Prefix: VM 0
Replacement Prefix: QA 07 - QA 28
_______________________________________________________________

RM10 SIRI - 6 (Type 2 - Printer BA BANKNOTE)
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Jaffar Bin Hussein
Cetakan: B.A Banknote
First Prefix: VM
Last Prefix: VR
Replacement Prefix: QA
_______________________________________________________________

RM10 SIRI - 7 (Type 1 - Printer FCO)
Tahun: 1995 - 1998
Gabenor: Ahmad B. Mohd Don
Cetakan: Francois Charles Oberthur
First Prefix: VR, WK (big)
Last Prefix: VV, YR
Replacement Prefix: -
_______________________________________________________________

RM10 SIRI - 7 (Type 2 - Printer G&D)
Tahun:1995 - 1998
Gabenor: Ahmad B. Mohd Don
Cetakan: Giesecke & Devrient
First Prefix: VV
Last Prefix: WK (small)
Replacement Prefix: QA
_______________________________________________________________

 RM10 SIRI - 8
Tahun: 1997
Gabenor: Ahmad Bin Mohd Don (Side Signature)
Cetakan: unknown
First Prefix: AA
Last Prefix: AV
Replacement Prefix: ZA
 _______________________________________________________________

RM10 SIRI - 9
Tahun: 1999
Gabenor: Ali Abul Hassan B. Sulaiman (Side Signature)
Cetakan: unknown
First Prefix: AW
Last Prefix: BF
Replacement Prefix: ZA
_______________________________________________________________

RM10 SIRI - 10
Tahun: 1999
Gabenor: Ali Abul Hassan Bin Sulaiman (Centre Sign)
Cetakan: unknown
First Prefix: BG
Last Prefix: CX
Replacement Prefix: ZA
 _______________________________________________________________

RM10 SIRI - 11 (Type 1 - No Security Thread)
Tahun: 2000
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Cetakan: unknown
First Prefix: CY
Last Prefix: FC
Replacement Prefix: ZA
_______________________________________________________________

RM10 SIRI - 11 (Type 2 - With Security Thread)
Tahun: 2004
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Cetakan: unknown
First Prefix: FD
Last Prefix: n/a to date
Replacement Prefix: ZA, ZB, ZC, ZD, ZE, ZF, ZG,
 _______________________________________________________________

Koleksi peribadi RM10 complete series ini condition antara EF - UNC. Lepas ni insyaAllah kalau ada rezeki lebih boleh la cari 1st-last prefix & replacement untuk duit RM10 plak..

_______________________________________________________________

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com
















Sunday 27 November 2011

KOLEKSI SYILING MALAYSIA - 10 SEN (COMPLETE - PRODUCTION YEARS)

Salah satu daripada minat aku ialah mengumpul duit syiling mengikut tahun keluaran. Duit syiling malaysia mula dicetak sejak tahun 1967 hingga sekarang. Namun ada juga pada tahun2 tertentu duit syiling tak dikeluarkan.  Aku ada 1 set tak lengkap koleksi duit syiling 10 sen mengikut tahun. Simpanan peribadi untuk tatapan generasi akan datang insyaAllah
________________________________________________________________ 


Info Duit Syiling 10 Sen


________________________________________________________________

Koleksi Duit Syiling 10 Sen Mengikut Tahun Pengeluaran

________________________________________________________________

* Complete 1 set lengkap duit 10 Sen mengikut tahun keluaran. Mungkin next time akan belek2 lg duit 10 sen ni tuk jadikan set lengkap yg ke 2..heheh

________________________________________________________________

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com 

KOLEKSI SYILING MALAYSIA - 20 SEN (COMPLETE - PRODUCTION YEARS)

Salah satu daripada minat aku ialah mengumpul duit syiling mengikut tahun keluaran. Duit syiling malaysia mula dicetak sejak tahun 1967 hingga sekarang. Namun ada juga pada tahun2 tertentu duit syiling tak dikeluarkan.  Aku  just ada 1 set koleksi duit syiling 20 sen mengikut tahun. Just untuk koleksi peribadi..heheheh. Dalam koleksi aku ni xda la duit2 error mcm extra dot. Just ikut tahun keluaran biasa saja...
________________________________________________________________

Info Duit Syiling 20 Sen

 

 ________________________________________________________________

Koleksi Duit Syiling 20 Sen Mengikut Tahun Pengeluaran



________________________________________________________________

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

KOLEKSI SYILING MALAYSIA - 50 SEN (COMPLETE - PRODUCTION YEARS)

Salah satu daripada minat aku ialah mengumpul duit syiling mengikut tahun keluaran. Duit syiling malaysia mula dicetak sejak tahun 1967 hingga sekarang. Namun ada juga pada tahun2 tertentu duit syiling tak dikeluarkan.  Aku  just ada 1 set koleksi duit syiling 50 sen mengikut tahun. Just untuk koleksi peribadi..heheheh. Dalam koleksi aku ni xda la duit2 error mcm extra dot. Just ikut tahun keluaran biasa saja...
______________________________________________________________

Info Duit Syiling 50 Sen

______________________________________________________________

Koleksi Duit Syiling 50 Sen Mengikut Tahun Pengeluaran


______________________________________________________________

 [Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com




KOLEKSI SYILING MALAYSIA - SYILING PERINGATAN 1 RINGGIT 1969 - 1987

Duit syiling peringatan (commemorative coins) di keluarkan untuk memperingati sesuatu peristiwa penting / bersejarah yang berlaku di negara kita. Terdapat pelbagai jenis syiling peringatan, antaranya syiling Proof, silver, gold & yang biasa (cooper-nickle kot). Sebagai pengumpul syiling yang baru berjinak - jinak, aku ada gak koleksi duit syiling peringatan Malaysia dari tahun 1969 - 1987. Selepas tahun 1987 hingga kini, ada banyak lg syiling2 peringatan yg telah dikeluarkan tapi aku ja yang xmampu nk miliki lagi. Mungkin di masa hadapan kot insyaAllah
______________________________________________________________

Duit Syiling Peringatan Malaysia (1969 - 1987)

Pandangan Hadapan



______________________________________________________________

Info Koleksi Duit Syiling Peringatan

1 = Ulang tahun ke-10 BNM, 1959 - 1969 (24/1/1969)
2 = Penganugerahan Taraf Bandaraya Kuala Lumpur 1972 (1/2/1973)
3 = Ulang tahun ke-25 KWSP (18/10/1976)
4 = Rancangan Malaysia Ke-3, 1976-1980 (15/12/1976)
5 = Sukan Asia Tenggara ke-9 (24/6/1977)
6 = Sambutan 20 Tahun Merdeka, 1957 - 1977 (30/8/1977)
7 = Sambutan 100 Tahun Getah Asli, 1877-1977 (2/7/1979)
8 = Sambutan 20 Tahun BNM, 1959-1979 (26/1/1979)
9 = Sambutan Maal Hijrah 1401, (11/11/1980)
10 = Rancangan Malaysia Ke-4, 1981-1985 (16/3/1981)
11 = Sambutan 25 Tahun Merdeka, 1957-1982 (31/8/1982)
12 = 35th Annual Conference PATA, (9/4/1986)
13 = Rancangan Malaysia Ke-5, 1986-1990 (30/8/1986)
14 = Sambutan 30 Tahun Kemerdekaan, 1957 - 1987

______________________________________________________________

Pandangan Belakang
 ______________________________________________________________

Koleksi Duit Syiling Peringatan 1969 - 1987 

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com




Wednesday 23 November 2011

INFO DUIT SYILING MALAYSIA


Info Duit Syiling Malaysia bagi Siri-1 & Siri-2 dikumpulkan hasil rujukan, kajian, pertanyaan & perbincangan bersama rakan2 pengumpul. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengumpulkan maklumat mengenai duit syiling ini. Sekiranya terdapat kesalahan dalam info yang diberi, pihak kami berbesar hati untuk menerima teguran dan nasihat dari anda semua...Feel free to drop your comment. Terima Kasih.........................


*****   MASIH DALAM PROSES UPDATE & PEMBIKINAN   *****

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI CADANGAN UNTUK PEMBETULAN ATAU PENAMBAHBAIKKAN SILA NYATAKAN DI RUANGAN KOMEN





*****   RUJUKAN   *****

1. Peter Eu & Ben Chiew (2010). Matawang Malaysia Coins & Banknotes 2010, 1st Edition.
2. K. N. Boon (2010). Malaysia, Brunei & Singapore Banknotes & Coins, 5th Edition.
3. Steven Tan (2010). Standard Catalogue of Malaysia, Singapore & Brunei Coin & Paper Money (19th Edition).

Penghargaan tak terhingga kepada semua rakan-rakan pengumpul yang banyak membantu dalam memberi bantuan & info yang berguna...terima kasih 









Thursday 17 November 2011

KOLEKSI PERIBADI - RM2.00 SIRI - 8 (FIRST-LAST PREFIX)

RM2.00 Siri-8 (1996 - 1998)

Duit RM2 Siri-8 merupakan cetakan duit RM2 yg pertama di Malaysia. Duit ini mula dicetak pada tahun 1996 dan ditandatangan oleh Gabenor Ahmad Bin Mohd Don. Tandatangan Gabenor disebelah sisi kiri muka depan duit tersebut . Pengeluaran RM2 Siri-8 dihentikan pada tahun 1998. Aku dh terlibat dalam mengumpul duit first last (kepala - ekor) prefix ni akibat terpengaruh dengan beberapa rakan collectors yg mantop..hehe

Pandangan Hadapan RM2.00 Siri - 8
___________________________________________________________________


First Prefix (AA): AA 0787705
Last Prefix (DF): DF 0865810
___________________________________________________________________

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com













Monday 14 November 2011

KOLEKSI PERIBADI - RM50 SIRI-12 GOLD LINE (LIMITED EDITION)

Duit RM50 Limited Edition dengan logo merdeka ini cuma dikeluarkan 20,000 keping sahaja dengan No Siri AA0000001 - AA0020000. Dikeluarkan pada tahun 2007 sempena ulang tahun merdeka yg ke-50 (1957 - 2007)dan sempena pengenalan duit RM50 siri baru. Perbezaan duit Limited edition ni ialah ia mempunya garisan yang berwarna keemasan (Orang panggil Gold Line) pada kedua-dua belah sisi corak batiknya. Harga duit ni semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kalau 2 Zeros pun harga boleh sampai RM500 - RM700. Aku dapat duit ni dengan harga yang amat berpatutan. kalau collectors lain dpt harga cm aku dpt ni pun kompem beli..bukan senang.heheh
________________________________________________________________________

RM50.00 Siri - 12 Limited Edition (Gold Line) dengan Logo Merdeka
Prefix: AA 0019443

________________________________________________________________________


[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com
Bagi aku duit ni perlu ada at least sekeping utk setiap collectors. Buat masa sekarang xda rasa nk jual or tambah koleksi duit ni. Biar la sekeping ni dulu..hehe...RM50 Gold Line UNC Complete With Folder

Monday 7 November 2011

KOLEKSI SYILING MALAYSIA - SYILING 1 RINGGIT PARLIMEN (COMPLETE SET)

Duit syiling 1 ringgit Parlimen merupakan syiling RM1 siri pertama yg dikeluarkan oleh BNM.  Duit ini mula diperkenalkan oleh BNM pada tahun 1971 dan ditamatkan cetakan selepas tahun 1986. Aku sendiri xpenah guna duit ni dalam urusan harian. Parents aku penah la kot. Duit 1 ringgit parlimen dikelurkan pada tahun 1971, 1980, 1981, 1982, 1984, 1985 & 1986 sahaja. Tahun2 lain xda dikeluarkan, kalau ada yg jumpa selain tahun yg dinyatakan memang misteri la.hehehe. aku cuma ada 1 complete set duit syiling RM1 ni.  Koleksi yang perlu ada bagi semua pengumpul duit syiling malaysia. Condition aku rasa VF saja..ada yg kena wash..mula2 time nk beli seller kata UNC, dh smpai baru tau kata duit dh wash...apa boleh buat, masa tu baru lg simpan duit, harga beli plak mahal gila..mmg kena hidup2 la...apa2 pun semua tu mengajar erti menjadi seorg collectors yg bertamadun..kekeke....redha ja........

Spesifikasi Syiling 1 Ringgit Siri-1 (Parlimen)


Diameter: 33mm
Berat:
Jenis Sisi: Lettered (Bank Negara Malaysia)
Material: Copper - Nickle

Tahun Keluaran: 1971
Jumlah Tempaan:
2 378 995 Keping

Tahun Keluaran: 1980
Jumlah Tempaan: 
472 095 Keping

Tahun Keluaran: 1981
Jumlah Tempaan:
764 795 Keping

Tahun Keluaran: 1982
Jumlah Tempaan:
201 550 Keping

Tahun Keluaran: 1984
Jumlah Tempaan:
355 472 Keping

Tahun Keluaran: 1985
Jumlah Tempaan:
301 583 Keping

Tahun Keluaran: 1986
Jumlah Tempaan:
252 473 Keping
______________________________________________________


[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com