Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Friday 14 March 2014

Wang Kertas RM5 Siri-6 (Variasi 1) - First, Last & Replacement Prefix

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkongsian koleksi peribadi wang kertas RM5 Siri-6 (Variasi 1) yg dikeluarkan pada tahun 1986 - 1995. Variasi 1 untuk siri 6 ditandatangani oleh gabenor Jaffar Bin Hussien dan mempunyai cross pada tiang di hadapan Istana Negara (bahagian belakang duit) dan tidak mempunyai silver thread. Condition duit2 ni cuma di antara ef - au sahaja. Kepada mana2 pihak yg ingin memperbetulkan mana2 data yg salah dalam perkongsian saya ni sgt2 di alukan:

Wang Kertas RM5 Siri-6 (Cross, no silver thread)
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Jaffar Bin Hussien
First Prefix: NE
Last Prefix: NK0
Replacement: NZ 008 - NZ 018

First Prefix: NE


Last Prefix: NK0



Replacement Prefix: NZ