Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Friday 28 December 2012

KOLEKSI PERIBADI - RM5 Siri-11 (Polimer), First, Last, Replacement

RM5 Siri-11 mula dikeluarkan pada tahun 2000 dan ditandatangan oleh gabenor Zety Akhtar Aziz. Terdapat dua variasi berbeza iaitu variasi Kertas dan Polimer. Variasi Polimer mula diperkenalkan oleh BNM sejak tahun 2004 untuk menggantikan variasi kertas . Design untuk kedua-dua variasi lebih kurang sama cuma untuk variasi polimer terdapat bahagian lutsinar di kawasan watermark bagi duit kertas biasa.

Bagi duit RM5 variasi Polimer, terdapat dua cetakan berbeza.

Note Printing Australia:
First Prefix: CA
Last Prefix: EG
Replacement; -

Giesecke & Devrient
First Prefix: EH
Last Prefix: EM (Belum di pastikan kesahihannya, tnggu hitam putih, dipercaya last prefix kerana tiada lagi prefix selepas EM dijumpai sehingga sekarang)
Replacement: ZA


Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang
CA | EG | EH | EM |ZA


[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

Thursday 9 August 2012

______

------- PAUSE -------



Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Blog ni dh agak berbulan tak di update, buat masa sekarang aku perlu menumpukan perhatian kepada cabaran hidup yang baru....so kena PAUSE sat hobi ni...nampak gaya market numismatik semakin meriah di facebook dan tmpt2 lain....semakin ramai collectors dan sellers....semakin menarik dan mencabar....hehehe.......apa2 pun nnti insyaAllah aku PLAY balik.......Sekian terima kasih...hahahha

sehingga berjumpa lagi insyaALLAH

Friday 18 May 2012

KOLEKSI SYILING - 1 Sen (Complete Production Years)

Berikut merupakan koleksi lengkap ikut tahun pengeluaran bagi duit syiling 1sen 1967 - sekarang.
Note:
  1. koleksi syiling aku tidak termasuk dgn syiling error, extra dot or lain2...yg ada cuma variasi mengikut tahun keluaran sahaja
  2. Untuk koleksi syiling 1 sen, tidak termasuk 1970 Copper Clad Steel, 1976 Bronze & 1979 Nickel.
    Out of my league




Thursday 3 May 2012

KOLEKSI SYILING MALAYSIA - SYILING PERINGATAN 1 RINGGIT, 1969 - 1987

Duit syiling peringatan (commemorative coins) di keluarkan untuk memperingati sesuatu peristiwa penting / bersejarah yang berlaku di negara kita. Terdapat pelbagai jenis syiling peringatan, antaranya syiling Proof, silver, gold & yang biasa (cooper-nickle). Sebagai pengumpul wang yang baru berjinak - jinak dgn syiling, aku ada gak sedikit koleksi duit syiling peringatan Malaysia dari tahun 1969 - 1987. Selepas tahun 1987 hingga kini, ada banyak lg syiling2 peringatan / coin cards yg telah dikeluarkan tapi aku ja yang xmampu nk miliki lagi. Mungkin di masa hadapan kot insyaAllah. Step by step..

Berikut Merupakan List duit syiling Peringatan $1 dari blog http://malaysian-numis.blogspot.com/ dan seterusnya adalah koleksi peribadi aku

 

Koleksi Syiling Peringatan 1 Ringgit

Ulangtahun Ke-10 Bank Negara Malaysia, 1959 - 1969
Dikeluarkan Pada:
24/1/1969
Material: Copper - Nickle

Penganugerahan Taraf Bandaraya Kuala Lumpur, 1972
Dikeluarkan Pada: 1/2/1973
Material: Copper - Nickle

Ulangtahun Ke-25 KWSP
Dikeluarkan Pada: 18/10/1976
Material: Copper - Nickle

Rancangan Malaysia Ke-3, 1976-1980
Dikeluarkan Pada: 15/12/1976
Material: Copper - Nickle
 
Sukan Asia Tenggara (SEA Game) Ke-9
Dikeluarkan Pada: 24/6/1977
Material: Copper - Nickle


Sambutan 20 Tahun Merdeka, 1957 - 1977
Dikeluarkan Pada: 30/8/1977
Material: Copper - Nickle

Sambutan 100 Tahun Getah Asli, 1877-1977
Dikeluarkan Pada: 2/7/1979
Material: Copper - Nickle

Sambutan 20 Tahun BNM, 1959-1979
Dikeluarkan Pada: 26/1/1979
Material: Copper - Nickle

Sambutan Maal Hijrah 1401
Dikeluarkan Pada: 11/11/1980
Material: Copper - Nickle

Rancangan Malaysia Ke-4, 1981-1985
Dikeluarkan Pada: 16/3/1981
Material: Copper - Nickle

Sambutan 25 Tahun Merdeka, 1957-1982
Dikeluarkan Pada: 31/8/1982
Material: Copper - Nickle

35th Annual Conference PATA
Dikeluarkan Pada: 9/4/1986
Material: Copper - Nickle

Rancangan Malaysia Ke-5, 1986-1990
Dikeluarkan Pada: 30/8/1986
Material: Copper - Nickle

  Sambutan 30 Tahun Kemerdekaan, 1957 - 1987
Dikeluarkan Pada:
Material: Copper - Zinc
______________________________________________________________________

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com


























Saturday 14 April 2012

KOLEKSI PERIBADI - RM5 Siri-7 Canadian Banknote (First, Last, Replacement)

Duit RM5 Siri-7 dikeluarkan mulai tahun 1995 hingga tahun 1998. Duit Siri-7 ditandatangan oleh Gabenor Ahmad Bin Mohd Don dan mempunyai 2 variety printer iaitu Thomas De La Ru (TDLR) & Canadian Banknote.

Variasi Canadian Banknote

First Prefix: QK
Last Prefix: QW
Replacement Prefix: NZ

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang
Complete First Last & Replacement
QK | QW | NZ



[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

KOLEKSI SYILING MALAYSIA - SYILING PERINGATAN 5 RINGGIT 1971 - 1992

Salam kepada saudara - saudari sekalian. kt sini aku nk share sikit koleksi duit syiling peringatan 5 ringgit yg dikeluarkan sejak tahun 1971 hingga tahun 1992...dalam tempoh tu ada 5 jenis duit syiling peringatan yg bernilai 5 ringgit. Selain nilai muka 1 & 5 ringgit, syiling peringatan jenis biasa ni ada gak dikeluarkan dgn nilai muka 15, 20, 25 dan 30 ringgit..insyaAllah akan mendapatkan semua suatu hari nanti..

Berikut Merupakan List duit syiling Peringatan $5 dari blog http://malaysian-numis.blogspot.com/ dan seterusnya adalah koleksi peribadi aku


Koleksi Syiling Peringatan 5 Ringgit
Ulang Tahun ke-13 Tunku Abdul Rahman Sebagai Perdana Menteri Malaysia Pertama
Dikeluarkan Pada:
30 Ogos 1971
Material: Copper - Nickel

Sukan Asia Tenggara ke-15, Kuala Lumpur 1989
Dikeluarkan Pada:
16 Ogos 1989

Material: Copper - Zinc
 
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel 1989
Dikeluarkan Pada:
10 Oktober 1989

Material: Copper - Zinc 



Penguasa Tempatan ke-100 Tahun Kuala Lumpur
Dikeluarkan Pada:
15 Disember 1990

Material: Copper - Zinc 

Ulang Tahun Ke-20 Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF)
Dikeluarkan Pada:
15 Disember 1992

Material: Copper - Zinc 
______________________________________________________________________

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

Rujukan & pemangkin: SimpanKemas.Blogspot.Com........



Sunday 25 March 2012

KOLEKSI SYILING - 5 Sen (Complete Production Years)

Berikut merupakan koleksi lengkap ikut tahun pengeluaran bagi duit syiling 5 sen 1967 - sekarang. 
Note: koleksi syiling aku tidak termasuk dgn syiling error, extra dot or lain2...yg ada cuma variasi mengikut tahun keluaran sahaja




KOLEKSI PERIBADI - RM5 Siri-11 (Kertas), First, Last, Replacement

RM5 Siri-11 mula dikeluarkan pada tahun 2000 dan ditandatangan oleh gabenor Zety Akhtar Aziz. Terdapat dua variasi berbeza iaitu variasi Kertas dan Polimer. Design untuk kedua-dua variasi lebih kurang sama cuma untuk variasi polimer terdapat bahagian lutsinar di kawasan watermark bagi duit kertas biasa. Cetakan Duit RM5 Siri-11 (Variasi kertas) ini bermula dgn prefix AN dan berakhir dgn prefix BJ manakala ZA merupakan satu-satunya prefix wang gantian untuk duit ini

RM5 Siri-11 Zety Akhtar Aziz - First, Last, Replacement 

Pandangan Hadapan
Pandangan Belakang
AN | BJ | ZA


[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

KOLEKSI PERIBADI - RM5 Siri-10 (First , Last, Replacement)

RM5 Siri 10 dikeluarkan pada tahun 1999 dan ditandatangan oleh gabenor Ali Abul Hassan Bin Sulaiman. Merupakan siri RM5 baru yg dikelurkan menggantikan RM5 siri 7. Design lebih kurang sama dgn duit RM5 siri-11. Cetakan Duit RM5 Siri-10 ini bermula dgn prefix AA dan berakhir dgn prefix AM manakala ZA merupakan satu-satunya prefix wang gantian untuk duit ini

RM5 Siri-10 Ali Abul Hassan - First, Last, Replacement

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang
AA | AM | ZA

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com


Wednesday 22 February 2012

KOLEKSI PERIBADI - RM1 Siri-11 (Prefix & Font Variety)

PERHATIAN: MAKLUMAT DI BAHAGIAN INI DI DAPATI SEDIKIT BERCANGGAH DENGAN INFO TERKINI MENGENAI FONT / PRINTER / PREFIX VARIETY . BAHAGIAN INI AKAN DI UPDATE KEMUDIA SETELAH INFO YANG BENAR2 JITU DIPEROLEHI

Duit rm1 Siri-11 ditandatangani oleh gabenor semasa, Zety Akhtar Aziz dan pengeluaranya masih diteruskan sehingga kini (Feb 2012). Bagi koleksi duit RM1 siri-11, terdapat beberapa variety prefix dan font. Variety font terjadi akibat perbezaan syarikat pencetak wang. Berikut adalah koleksi RM1 siri-11 first, last & replacement prefix. harga untuk memiliki semua font condition UNC xda la harga melampau sgt. yg mahal pun replacement ZAA & ZAC...tp bg diri aku cukup la sekadar condition VF above...buat masa sekarang itu saja condition kemampuan aku....kalau yg harga boleh gagah xpa lg UNC...heheh
___________________________________________________________________________

RM1.00 11th Series - Double Alphabets

Tahun: 2000 - 2012
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Variety: Double Alphabets
First Prefix: AA
Last Prefix: YZ
Replacement: ZA, ZB, ZC, ZD & ZE
___________________________________________________________________________

RM1.00 11th Series -'Z' Series

Variety 'Z' series merupakan prefix biasa dan bukan wang gantian. ramai orang baru tersilap menyangka setiap duit RM1 dengan prefix Z adalah duit replacement tetapi sebenarnya bukan. Atas sbb apa duit prefix Z ni dikeluarkan itu aku xbrapa pasti. Siri Z biasa bermula dgn prefix ZG - ZV. ZF sengaja tidak dikeluarkan utk membezakan wang gantian ZA - ZE dgn siri biasa ZG - ZV.

Tahun: 2000 - 2012
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Variety: 'Z' Series
First Prefix: ZG
Last Prefix: ZV
Replacement: ZW
___________________________________________________________________________

RM1.00 11th Series - Triple Alphabets Small Font (a)

Apa yg dimaksudkan dengan small font dan big font ialah size prefix & nombor yg dicetak pada duit2 rm1 tersebut. Jika dibandingkan small font & big font sebelah menyebelah, akan dpt diperhatikan perbezaan size prefix & nombor2 tersebut.

Tahun: 2000 - 2012
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Variety: Triple Alphabets Small Font (a)

First Prefix: AAA
Last Prefix: ABW
Replacement: ZAA
___________________________________________________________________________

RM1.00 11th Series - Triple Alphabets Big Font

Tahun: 2000 - 2012
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Variety: Triple Alphabets Small Font (a)

First Prefix: ABX
Last Prefix: ADT
Replacement: ZAB
___________________________________________________________________________

RM1.00 11th Series - Triple Alphabets Small Font (b)

Tahun: 2000 - 2012
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Variety: Triple Alphabets Small Font (a)

First Prefix: ADU
Last Prefix: n/a to date
Replacement: ZAC, ZAD
___________________________________________________________________________

Duit RM1 Siri-11 masih lg diteruskan cetakanya sehingga duit RM1 siri baru diperkenalkan tengah tahun 2012. hanya menunggu last prefix Small Font (b) dan replacement baru jika ada untuk melengkapkan koleksi first last & replacement RM1 siri-11 ini.

InsyaAllah jika ada rezeki lebih akan meng'upgrade' condition2 duit di atas ke UNC semua.. buat masa sekarang cukup la setakat mana mampu.....hehe

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com











Monday 20 February 2012

HUNTING LIST - KALAU ADA REZEKI LEBIH, InsyaALLAH


Untuk makluman semua, aku cuma seorang collector yg menyimpan duit2 kertas & syiling Malaysia (1967 - sekarang) sahaja buat masa sekarang. British Borneo, malaya, strait settlement n bla bla aku x terlibat lg tp tetap ada dalam hunting list aku. hehehe. Koleksi aku hingga sekarang ni hanya sekadar ada tp kalau nk compare dgn org2 lama masih jauh ketinggalan. Untuk condition duit2 simpanan aku plak, cukuplah sekadar VF n above. kalau VF xda, Fine pon jadi la..tp duit tu janji tulen dan masih ada rupa lagi la. biaq orang tengok pun nampak kata duit, jgn bila tgk nampak mcm surat khabaq lama yg dh reput....hehe

Mula2 dulu aku collect duit2 lama ni ikut nilai muka..pastu terjebak dgn koleksi ikut siri. Skang terjebak sikit2 dgn koleksi First, Last & Replacement Prefix. Bila duit2 yg dicari harga pun tinggi, so terpaksa la mendisiplinkan diri demi mendapatkan duit2 ni. Kena slow n steady.. kena menabung mcm time sekolah dulu...hehe...skang ni aku dh ada hunting list sendiri. Tujuan aku buat list ni adalah sbb nk bg tumpuan kepada barang2 tertentu saja, xnak la rambang mata bila tgk duit dasyat2 lalu depan mata...penah bila dh rambang mata ni abeh duit simpanan..mmg sadis.. so bila dh ada hunting list ni, tumpu kepada list ja la....duit nk kena simpan tuk benda lain sama,...lgpun aku baru ja melibatkan diri dlm hobi numismatik secara aggresif, masih mentah lg, so biaq slow n steady tp dpt koleksi mcm apa yg diinginkan...biaq lambat asalkan selamat...hehehe. Berikut adalah items2 dalam hunting list aku:

1) RM5 First Last Prefix (Siri 5 - 11) - Done*
2) RM10 First Last Prefix (Siri 8 - 11)
3) RM5 Replacement NZ & ZA
4) Rm10 Replacement QA & ZA
5) RM10 First Last and Replacement (kecuali siri 1 - 4)
6) RM100 Siri 1 - 4
7) RM500 (Siri 5, 6 & 7)
8) RM1000 (Siri 5, 6 & 7) -
9) Koleksi lengkap syiling malaysia (1967 - latest)
10) 50 sen tahun 1967, 1968 & 1969 Milled Edge (Reeded Edge)
11) Duit2 kertas & syiling Malaya, British Borneo, Strait settlement n bla bla bla....
12) ...??
13) ...??
14) ...??

list mungkin akan di update dari semasa mengikut keadaan kewangan dan semasa. Hunting list diatas mungkin akan memakan masa panjang, mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun...mana nk tau kan...time tu harga duit2 pun semua makin mahal tp bg aku xda problem.. yg penting disiplin dan komitmen..... minat tetap minat....ukur baju dibadan sendiri...yg mana mampu kita amik, yg xmampu kita tgk saja dan senyumm....hehehe...jgn disebabkan minat, hidup sendiri n keluarga terabai....Slow & steady. insyaAllah..hehe

kt sini aku nk ucapkan terima kasih byk2 kepada semua rakan2 collectors, orang lama & seller2 yg byk membantu aku mengenal dunia numismatik dgn lebih mendalam..byk yg aku belajar, byk duit2 yg aku dpt, byk info dpt dikongsi...Terima Kasih Banyak2.

Jika di izinkan Allah swt umur aku panjang n ada rezeki lebih, nak gak aku buat satu mini muzium duit2 malaysia kt umah aku...mcm sasana kijang tu ...cuma kecik sikit la..hahahhaa....insyaAllah....

Friday 17 February 2012

KOLEKSI PERIBADI - RM10 Siri-4 Replacement X/1

Utk collector2 yg berminat dgn first last n replacement prefix (FLR), harga utk mendapatkan FLR bg mana2 nilai duit untuk siri 1 -4 mmg sgt tinggi...kalau singgit Z/1 harga dh cecah ribu2....so bg aku mmg aku xpenah target nk main FLR pun utk siri 1 - 4 ni..cukup la sekadar ada sekeping dalam koleksi bg lengkapkan siri. baru2 ni ternampak ada seller nk jual RM10 4th series replacement X/1...condition bg aku dalam Fine ja tp masih nmpak rupa bentuk duit la. harga pun murah, so dh ada depan mata aku sambar ja dulu...hehehe.

____________________________________________________________________________

RM10 4th Series - Replacement X/1


____________________________________________________________________________

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

Thursday 16 February 2012

KOLEKSI PERIBADI - RM1.00 Siri - 10 (CR)

Dalam banyak2 duit singgit ni, ada satu jenis mmg paling susah nk jumpa, nk beli tu memang boleh cuma makan modal tnggi la.. Duit RM1 Siri - 10 Ali Abul Hassan (AAH), Prefix CR merupakan duit RM1 yg paling rare la kira.

Duit ni pada mulanya dicetak semasa AAH jadi gabenor BNM pada tahun 1999. Duit dah di edarkan ke beberapa tempat di Malaysia ni. Nak dijadikan cerita, gabenor malaysia yg baru, Zety Akhtar Aziz telah dilantik menggantikan AAH atas sebab2 tertentu, dan duit baru yg mana dh dicetak dgn tandatangan AAH ditarik balik sbb nk bagi Zety Aziz jadi gabenor yg sign n rasmi duit RM1 siri baru (Siri - 11 yg kita guna skang ni , 2000 - 2012). Tapi ada beberapa bank di Pulang Pinang dh terlepas bg kat customer duit Rm1 AAH sebelum di tarik balik..berapa kuantiti duit RM1 CR yg terlepas tu xdpt dipastikan. kenapa duit tu start prefix CR pun aku xtau..tp mmg ada org2 diluar sana yg simpan ber'stack2' duit rm1 CR ni. xkeluar pada umum ja sbb mau depa tunjuk nnti org p rompak kot..hahaha.....cerita ni aku pun dengaq dr org ja..mau salah tlg perbetoi la...hehehe...

Bagi aku kalau nama pun collectors banknotes yg tegar mmg kena ada la at least sekeping duit CR ni...kalau asyik tgk hak orang lain ja rasa nk tdoq pun xbrapa sedap, nk makan pun xbrapa kenyang. bila dh ada hati pun tenang. Alhamdullilah aku berjaya mendapatkan sekeping RM1 AAH prefix CR ni dari seorg seller dengan harga yg berpatutan. Condition VF tp kertas agak bersih n cantik cuma ada kekuningan sikit2...sekeping pun jadi la...layannn..



_____________________________________________________________________________

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

KOLEKSI PERIBADI - RM2.00 Siri-8 Replacement ZB

Duit RM2 pernah diperkenalkan di negara kita pada tahun 1996 - 1998. terdapat 3 siri berlainan bagi duit rm2 ni. Dalam byk2 duit rm2, duit rm2 Siri-8 Replacement ZB (Gabenor: Ahmad B. Mohd Don)  merupakan duit RM2 yg paling rare la kira...harga dia kalau UNC mmg kalah duit rare RM1 CR..boleh cecah 2 ribu ringgit sekeping. makkkaihh mmg mahal gila. untuk replacement lain duit RM2 iaitu ZA, ZC & ZD, harga xda la mahal mana. Tp aku hairan sbb apa ZB ni mahal sgt. Ada yg kata sbb kuantiti yg limited. boleh jadi gak sbb paling besar no. aku penah tgk pun 1 zero. Yg pasti harga dia kalau condition Fine pun dh boleh koyak poket...nak dapat pun susah...sapa2 yg kt umah tu ada duit rm2 n xpenah perasan prefix apa, boleh balik belek2 tgk la mana tau kot2 ZB...boleh untung..hehe

Alhamdullilah berkat usaha menabung sikit2 lama2 jadi bukit, aku berjaya dapatkan sekeping rm2 ZB ni daripada seorang seller. Even condition dia jatuh kepada Fine sebab ada koyak sikit, tp bg aku xpa la janji ada sekeping ZB dalam collection. lagipun aku xbrapa nk cerewet sgt pasal condition duit ni..hehehhe....kalau collectors yg minat nk lengkapkan duit rm2, yg ni paleng mencabar poket la kira..hahaha



_____________________________________________________________________________

[Duit] Beli [Duit].Blogspot.Com

Tuesday 14 February 2012

KOLEKSI PERIBADI - RM50 (Complete Series)

Duit RM50 mula diperkenalkan sejak Siri-1 (1967) hingga sekarang. Terdapat beberapa varierty mengikut design, printer dan sign gabenor. Sesetengah orang yang xtau pasal duit ni mmg xperasaan or terlepas pandang. Tapi sebenarnya byk variety duit2 ni. Bagi aku yg minat dgn duit2 lama ni mmg menarik kalau dapat simpan duit2 Malaysia ikut siri & variety

___________________________________________________________

RM50 Siri - 1
Tahun: 1967 - 1972
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: A/1
Last Prefix: A/
Replacement Prefix: Z/1
___________________________________________________________

 RM50 Siri - 2
Tahun: 1972 - 1976
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: A/26
Last Prefix: A/65
Replacement Prefix: Z/1
___________________________________________________________
  
 RM50 Siri - 3
Tahun: 1976 - 1981
Gabenor: Tun Ismail Bin Mohammed Ali
Cetakan: Bradbury Wilkinson
First Prefix: A/66
Last Prefix: B/65
Replacement Prefix: -
 ___________________________________________________________

 RM50 Siri - 4
Tahun: 1981 - 1983
Gabenor: Abdul Aziz Haji Taha
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: B/66
Last Prefix: B/99
Replacement Prefix: X/1
___________________________________________________________

 RM50 Siri - 5
Tahun: 1982 - 1984
Gabenor: Abdul Aziz Haji Taha
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: VA
Last Prefix: VN
Replacement Prefix: WA
___________________________________________________________

  RM50 Siri - 6 (TDLR)
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Jaffar Hussien
Cetakan: Thomas De La Rue
First Prefix: VP / YL
Last Prefix: XS / ZY
Replacement Prefix: ZY / -
___________________________________________________________

RM50 Siri - 6 (BA Banknote)
Tahun: 1986 - 1995
Gabenor: Jaffar Hussien
Cetakan: BA Banknote
First Prefix: XS
Last Prefix: YL
Replacement Prefix: WA
___________________________________________________________

RM50 Siri - 7 (FCO)
Tahun: 1995 - 1998
Gabenor: Ahmad B. Mohd Don
Cetakan: Francois Charles Oberthur (FCO)
First Prefix: ZY
Last Prefix: AS
Replacement Prefix: -
___________________________________________________________

RM50 Siri - 7 (TDLR)
Tahun: 1995 - 1998
Gabenor: Ahmad B. Mohd Don
Cetakan: Thomas De La Rue (TDLR)
First Prefix: AC
Last Prefix: BQ
Replacement Prefix: WA
___________________________________________________________

RM50 Siri - 7 (BA Banknote)
Tahun: 1995 - 1998
Gabenor: Ahmad B. Mohd Don
Cetakan: BA Banknote
First Prefix: BR
Last Prefix: CA
Replacement Prefix: WA
___________________________________________________________

RM50 Siri - 8
Tahun: 1998
Gabenor: Ahmad B. Mohd Don
Cetakan: -
First Prefix: AA
Last Prefix: BG
Replacement Prefix: ZA
___________________________________________________________

RM50 Siri - 8 (Wang Peringatan - Sukan Komanwel)
Tahun: 1998 - Sempena Sukan Komanwel 1998
Gabenor: Ahmad B. Mohd Don
Cetakan: NPA Australia
First Prefix: KL/98 000001
Last Prefix: KL/98 500000
Replacement Prefix:-
___________________________________________________________

RM50 Siri - 9
Tahun: 1999
Gabenor: Ali Abul Hassan B. Sulaiman (Side Sign)
Cetakan: -
First Prefix: BG
Last Prefix: BJ
Replacement Prefix: ZA
 
___________________________________________________________

RM50 Siri -10
Tahun: 1999
Gabenor: Ali Abul Hassan B. Sulaiman (Centre Sign)
Cetakan: -
First Prefix: BJ
Last Prefix: EB
Replacement Prefix: ZA, ZA97
___________________________________________________________

RM50 Siri -11
Tahun: 2000
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Cetakan: -
First Prefix: EB
Last Prefix: SY
Replacement Prefix: ZA97, ZA98, ZA99, ZB, ZC, ZD, ZE, ZF
___________________________________________________________

RM50 Siri -12 (Wang Peringatan - Gold Line)
Tahun: 2007 - Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan yg ke - 50 & Pengenalan wang RM50 Siri Baru
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Cetakan: -
First Prefix: AA 0000001
Last Prefix: AA 0020000
Replacement Prefix: -
___________________________________________________________

RM50 Siri -12 (Siri Dengan Logo Merdeka)
Tahun: 2007 - Siri dengan Logo Merdeka
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Cetakan: NPA Australia
First Prefix: AA 0020001
Last Prefix: AE
Replacement Prefix: ZA
___________________________________________________________

RM50 Siri -12 (Siri Tanpa Logo Merdeka)
Tahun: 2007
Gabenor: Zety Akhtar Aziz
Cetakan: -
First Prefix: AF
Last Prefix: n/a to date
Replacement Prefix: ZB, ZC
___________________________________________________________

untuk koleksi duit rm50, akan disimpan di dalam kawasan yg selamat dan rapi untuk tatapan rakan2, keluarga dan generasi masa depan..nak upgrade condition mmg agak sukar la sbb nilai face value pun dh tinggi, inikan plak kalau duit2 condition UNC, First Last, & replacement..hehehe...