Koleksi MSNAS

Ingin saya nyatakan yg saya ni adalah seorang collector baru yang minat dalam koleksi First, Last & Replacement Prefix ni. Sebelum ni saya cuma kumpul ikut series, saya tak letak high expectation untuk condition duit, cukup lah sekadar duit masih ada rupa n sedap mata saya sendiri pandang. Modal pun kecik, byk lg komitmen lain yg ada. Untuk kepala ekor ni pun mana yg mampu sy cuba dptkan,...kalau mmg dh xmampu cari ikut series dh la...kalau itu pun tak mampu mmg sy kirim salam ja la..hehe.... ada setengah org depa punya koleksi & condition level mmg serammmm...hehehe...apa2 pun masing2 dgn cara masing2...hobi ni bukan satu perlumbaan, dan bukan tmpat nk tnjuk sapa bagus sapa tak bagus..terlalu luas utk diperkatakan.... yg penting kita enjoy dgn cara kita sendiri...hehehe. Kalau mana2 pihak yang nk perbetulkan mana2 data yg salah amatlah dialu-alukan....

Sunday, 8 January 2012

KOLEKSI PERIBADI - RM1 Siri-5 TDLR (Replacement BA)

RM1 5th Series TDLR Replacement BA

Duit Kertas RM1 Siri - 5 dikeluarkan pada tahun 1982 - 1984. Terdapat 2 cetakan untuk duit RM1 siri -5 iaitu Thomas De La Ru (TDLR) dan juga Bradbury Wilkinson (BW). Wang Gantian (Repalcement) bagi siri - 5 hanya ada untuk cetakan TDLR dengan Prefix BA. Tiada wang gantian untuk cetakan dari Bradbury Wilkinson
 
 
Condition duit replacement BA ni bg aku adalah AU . Target jangka panjang ialah untuk upgrade ke UNC...insyaALLAH
[Duit]Beli[Duit]@Blogspot.com

No comments:

Post a Comment